BERAKAS GARRISON, Thursday, 27 January 2022 – A Leadership Talk session by Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) took place today at the Warrant Officers, Staff Sergeant, and Sergeants’ Mess, Berakas Garrison. The talk was attended by  26 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) with the rank of Warrant Officer 1 across the RBLF. The session was held in accordance with the Ministry of Health’s COVID-19 pandemic guidelines.

The session commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the Leadership Talk by Commander of RBLF. During the session, the Commander of RBLF highlighted the leadership concept of Prophet Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (SAW) by sharing the history and lessons from battles based on Islamic history namely the Battle of Badr. He further elaborated on the leadership model based on 3 main characteristics namely Leadership, Management, and Command. He also emphasized the importance of knowledge in life to always reflect on oneself and become a good example to their subordinates. At the end of his speech, the Commander of RBLF reminded the SNCOs to ensure their subordinates are always ready in maintaining national peace.

The ceremony concluded with the recitation of Surah Al-Asr, a group photo session, a presentation of souvenir to the Commander of RBLF, and the signing of parchment.

SESI PERKONGSIAN TAKLIMAT KEPIMPINAN BERSAMA PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Khamis, 27 Januari 2022 – Satu sesi Taklimat Kepimpinan yang disampaikan oleh Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berlangsung pada hari ini bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan, Berakas Garison. Seramai 26 Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah Kanan TDDB berpangkat Pegawai Waran 1 dari unit-unit TDDB menghadiri taklimat berkenaan yang dilaksanakan mengikut garispanduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Sesi tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan Taklimat Kepimpinan oleh Pemerintah TDDB yang mana beliau mengongsikan konsep kepimpinan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (SAW) dengan menceritakan sejarah dan iktibar daripada salah satu peperangan utama dalam sejarah Islam iaitu Perang Badar. Beliau juga menerangkan mengenai model kepimpinan yang berpandukan kepada 3 ciri utama iaitu Kepimpinan, Pengurusan dan Perintah. Pemerintah TDDB juga menekankan betapa pentingnya ilmu di dalam kehidupan agar sentiasa muhasabah diri dan menjadi contoh kepada setiap anggota yang dipimpin. Di akhir ucapan beliau, Pemerintah TDDB mengingatkan pada semua PTB-PTB Kanan untuk memastikan anggota dibawah pimpinan masing-masing agar sentiasa bersiap siaga didalam mengekalkan keamanan negara.

Taklimat diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr, sesi bergambar ramai, penyampaian cenderahati kepada Pemerintah TDDB dan menandatangani lembaran kenangan.