BERAKAS GARRISON, Thursday, 04 February 2021 – Senior Non-Commissioned Officers (SNCO) of CSS RBLF attended a leadership brief delivered by Lieutenant Colonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang Commandant of CSS RBLF. The brief was held at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.

The main objective of the brief was to announce the change in command and to deliver the intent of the newly appointed commandant. The briefing session began with the recitation of Surah Al-Fatihah and followed by the key values presentation by Commandant of CSS RBLF. He also took the opportunity to stress what are the key elements that each personnel should apply. The briefing serves to remind the importance of disciplinary enactment to all personnel of the CSS RBLF especially involving drug abuse and all activities which violated military laws, civil laws and Islamic values as it involves the image of RBAF and the unit itself.

Commandant of CSS RBLF also stressed on securities breaches and he touched on the welfare of each personnel under their umbrella is to be taken care of. Lasty, Commandant of CSS RBLF highlighted on religious and spiritual matters to be applied by all personnel. The briefing was then concluded with the recitation of Surah Al-Asr.

TAKLIMAT KEPIMPINAN OLEH KOMANDAN KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Khamis, 04 Februari 2021 – Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dari KBK TDDB telah menghadiri Taklimat Kepimpinan yang disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Komandan KBK TDDB. Sesi taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.

Tujuan utama taklimat kepimpinan ini diadakan adalah bagi memberigakan pertukaran pucuk pimpinan yang baru dan membentangkan hasrat komandan yang baru dilantik. Sesi tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan penerapan nilai-nilai oleh Yang Mulia Komandan KBK TDDB. Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengongsikan beberapa perkara yang perlu diterapkan dalam diri anggota masing-masing. Taklimat juga menekankan agar setiap anggota sentiasa menjaga disiplin dengan menjauhi segala gejala sosial terutama sekali penyalahgunaan dadah dan apa jua perkara yang menyalahi undang-undang tentera, negara dan nilai-nilai agama.

Selain daripada itu, beliau juga menekankan mengenai pelanggaran sekuriti dan juga menyentuh mengenai kebajikan setiap anggota yang mana selaku pemimpin haruslah mengambil berat dengan kebajikan anak buah. Dan pada akhirnya, Komandan KBK TDDB menekankan kepada setiap anggota supaya menerapkan nilai-nilai keagamaan dan kerohanian dalam diri masing-masing. Perjumpaan tersebut kemudiannya diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr.