KHIDMAT PERGIGIAN BERAKAS, Selasa, 09 Oktober 2018 – Sekolah Rendah Pantai Berakas Garison telah membuat lawatan sambil belajar ke Khidmat Pergigian Berakas, yang terdiri dari murid-murid darjah Pra dan diketuai oleh Cikgu Halizawati binti Abdul Rahman bersama enam orang guru pengawas. Sejurus mereka sampai di Khidmat Pergigian Berakas, mereka disambut oleh ketua penyelaras lawatan Yang Mulia Kapten Nuran Husna binti Haji Ajis, Pegawai Jururawat Pergigian bersama dengan ahli Khidmat Pergigian yang lain.
Untuk program lawatan tersebut, murid-murid diberikan penerangan mengenai permakanan yang baik dan buruk bagi gigi, melawat masuk bilik rawatan di mana mereka diberi pendedahan suasana-suasana dalam bilik rawatan tersebut dan dihiburkan dengan persembahan boneka (puppet show) bertajuk “Sang Haiwan yang Degil”.
Lawatan tersebut juga sedikit sebanyak memberikan pendedahan dan kesedaran awal kepada murid-murid darjah Pra tersebut mengenai penjagaan gigi, pemeriksaan pergigian di bilik rawatan dan mengenai kesihatan mulut termasuk jenis permakanan yang sihat.
Acara lawatan tersebut di akhiri dengan penyampaian cenderahati kenangan dari ketua rombongan dan bergambar ramai

