BERAKAS GARISON, Selasa 13 Mac 2018 – Peserta kursus
Command and Staff Course Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah membuat lawatan ke Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai organisasi serta tugas dan tanggungjawab Tentera Darat Diraja Brunei yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Lt Kol Muhammad Suwardi Ariffin bin Pehin Datu Laksamana Dato Paduka Haji Abdul Latiff, Penolong Ketua Staf Gerakan TDDB. Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab, penyampaian cenderahati kenangan daripada peserta kursus dan sesi bergambar ramai.
Adapun tujuan lawatan ini diadakan adalah sebagai salah satu program kursus
Command and Staff Course dan sedikit sebanyak untuk memberi pendedahan kepada peserta kursus mengenai latar belakang serta memberikan pengetahuan asas TDDB.


