REPUBLIK INDONESIA, Jumaat, 12 Oktober 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan lawatan pengenalan ke Republik Indonesia dari 09 Oktober hingga 12 Oktober 2018.
Ketibaan Pemerintah TDDB di Markas Besar Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) dialu-alukan oleh Yang Terhormat Jenderal TNI Mulyono, Kepala Staf Angkatan Darat TNI dan seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri dari anggota dari TNI AD. Pemerintah TDDB kemudiannya membuat kunjungan hormat kepada Yang Terhormat Jenderal TNI Mulyono.
Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua belah pihak membincangkan mengenai jalinan hubungan kerjasama pertahanan antara TDDB dengan TNI yang sudah dirancang dan dilaksanakan serta melanjutkan perancangan-perancangan yang akan datang melalui eksesais dan latihan kursus.
Pemerintah TDDB juga berpeluang membuat lawatan ke PT Pindad dan melihat dengan lebih dekat mengenai produk keupayaan tentera khususnya yang dibekalkan kepada TNI AD.
Lawatan pengenalan ini bertujuan bukan sahaja mengukuhkan talian persahabatan antara TDDB dan TNI AD yang sudah sekian lama, ia juga sebagai tapak penubuhan bagi mengekalkan perhubungan diplomatik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan negara-negara di serantau.
Usaha-usaha tersebut juga akan dapat menjadi pemangkin bagi kolaborasi dan pertukaran pertahanan di masa hadapan, seperti persetujuan mengadakan perbincangan antara tentera-tentera darat di serantau dan penetapan bagi penyertaan eksesais dua hala.
COMMANDER OF THE ROYAL BRUNEI LAND FORCE MAKES INTRODUCTORY VISIT TO REPUBLIC OF INDONESIA
REPUBLIC OF INDONESIA, Friday, 12 October 2018 – Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) and delegation made an introductory visit to the Republic of Indonesia from 09 October to 12 October 2018.
Upon arrival at the Indonesian National Army Headquarters, the Commander of RBLF was received by General Mulyono, Chief of Staff of the Indonesian Army which was followed by inspecting the Guard of Honour mounted by the personnel of the Indonesian National Army. The Commander of the RBLF then proceeded with his courtesy call to General Mulyono.
During the calls, both sides reiterated the long-standing bilateral defence relationship between both armed forces and armies through exercises, training and courses.
As part of the visit programme, the Commander RBLF had the opportunity to visit PT Pindad where he viewed military products manufactured by the state-owned enterprise which also supplies to the Indonesian National Army.
The visit was successful in strengthening the ties between the RBLF and the Indonesian Army as part of the long-standing diplomatic relations of the Royal Brunei Armed Forces with its neighbours which forms the platform for future collaborations and exchanges in defence.

