MALAYSIA, Jumaat 05 Oktober 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan lawatan pengenalan ke Malaysia dari 03 Oktober hingga 05 Oktober 2018.
Ketibaan Pemerintah TDDB di Kementerian Pertahanan Malaysia dialu-alukan oleh Jeneral Dato’ Sri Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nor, Panglima Tentera Darat Malaysia seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri dari anggota dari Tentera Darat Malaysia. Pemerintah TDDB kemudiannya membuat kunjungan hormat kepada Jeneral Dato’ Sri Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nor, Panglima Tentera Darat Malaysia.
Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua belah pihak menegaskan mengenai jalinan hubungan kerjasama pertahanan antara TDDB dengan Tentera Darat Malaysia yang telah dibina melalui eksesais, latihan kursus.
Pemerintah TDDB juga berpeluang untuk menghadiri upacara Pembubaran MALBATT Siri 850-5 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau juga membuat lawatan ke Pusat Simulasi Maya di Pusat Olah Perang, Kem Syed Sirajuddin, Gemas dan juga lawatan ke Kor Armor Diraja 11 (11 KAD).
Lawatan ini telah berjaya mengukuhkan talian persahabatan antara TDDB dan Tentera Darat Malaysia dalam mengekalkan perhubungan diplomatik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan negara-negara di serantau. Usaha tersebut akan dapat menjadi tapak penubuhan kolaborasi dan pertukaran pertahanan di masa hadapan.
COMMANDER OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE MAKES INTRODUCTORY VISIT TO MALAYSIA
MALAYSIA, Friday, 05 October 2018 – Yang Mulia Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) and delegation made an introductory visit to Malaysia from 03 October to 05 October 2018.
Upon arrival at the Ministry of Defence Malaysia, the Commander of RBLF was received by General Dato’ Sri Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nor, Chief of Army of the Malaysian Army, followed by the inspection of the Guard of Honour mounted by the personnel of the 1st Royal Malay Regiment, Malaysian Army. The Commander of the RBLF then proceeded with his courtesy call to General Dato’ Sri Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nor, Chief of Army of the Malaysian Army
During the calls, both sides reiterate the long-standing bilateral defence relationship between both armed forces and armies through exercises, training and courses.


