PENANJONG GARISON, Isnin 01 Oktober 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) membuat lawatan bagi melihat lebih dekat lagi persiapan bagi
ASEAN Army Rifle Meets (Pre- AARM) di Padang Tembak, Penanjong Garison.

Semasa lawatan tersebut, Pemerintah TDDB berjumpa dengan kontinjen penembak TDDB dan Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS) yang menyertai Pre-AARM. Pemerintah TDDB juga membuat kunjungan hormat kepada Kolonel Desmond Yeo, Atase Pertahanan Singapura ke Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan hormat, Pemerintah TDDB menyampaikan penghargaan atas sokongan dan kerjasama yang berterusan di antara TDDB dan ABRS secara amnya dan kedua belah pihak juga memberikan komitmen untuk mengukuhkan lagi hubungan pertahanan di antara kedua buah negara di masa akan datang melalui latihan dua hala yang berterusan.

Seterusnya, Pemerintah TDDB juga mengambil kesempatan untuk mencuba Senjata Pistol daripada kontinjen ABRS dan lawatan diakhiri dengan sesi begambar ramai.