KG MELILAS DAN SUKANG, Isnin 20 Ogos 2018 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah membuat lawatan ke Kampong Melilas dan Kampong Sukang. Turut hadir ke lawatan tersebut adalah Yang Mulia Kolonel Khairil bin Haji Ismail, Ketua Staf TDDB serta pegawai-pegawai kanan TDDB.
Lawatan bermula daripada Balai Ibadat Kampong Merangking yang mana taklimat ringkas lawatan telah disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Ak Masduqi bin Pengiran Haji Damit, Ketua Platun 2 Kompeni A Batalion Ketiga TDDB. Semasa lawatan itu, Yang Mulia Pemerintah TDDB juga turut membuat tinjauan menggunakan perjalanan sungai dari Jeti Melilas menuju ke Sungai Bau. Lawatan diakhiri dengan menikmati jamuan di Rumah Penghulu Sukang dan diakhiri dengan bergambar ramai dengan warga Rumah Panjang Kampong Sukang.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh Penduduk Kampong Melilas dan Sukang dan juga mengeratkan hubungan silaturahim bersama penduduk kampong-kampong tersebut.


