PENANJONG GARISON, Isnin, 01 Oktober 2018 - Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah membuat lawatan kerja ke Unit Skuadron Kereta Perisai Peninjau, Batalion Bantu, TDDB.
Ketibaan Pemerintah TDDB di Unit SKPP, Batalion Bantu dialu-alukan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu, Tentera Darat Diraja Brunei.
Antara tujuan lawatan tersebut adalah untuk memperdengarkan taklimat produk daripada Pengarah Urusan
Repaircraft PLC bagi kenderaan berperisai CVR(T). Pemerintah TDDB kemudian meneruskan lawatan ke pameran kenderaan dan alat kelengkapan CVR(T) Scorpion.

