BERAKAS GARISON, Rabu 07 Mac 2018 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah menerima kunjungan daripada Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB berserta rombongan sempena lawatan kerja ke unit-unit TDDB.
Aturcara lawatan bermula dengan Pemerintah TDDB menerima Tabik Hormat daripada Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota 1Bn TDDB yang diketuai oleh Yang Mulia Lt Mohammad Nazmi bin Haji Ismail bertempat di Padang Kawad 1Bn TDDB dan selepas itu sesi bergambar ramai.
Seterusnya Yang Mulia Pemerintah TDDB dijemput ke Markas 1Bn TDDB bagi sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB sendiri.
Pada pagi itu juga rombongan Yang Mulia Pemerintah TDDB meneruskan lagi aturcara lawatan ke Platun Bertugas Pulau Baru-Baru. Sejurus tiba di Pulau Baru-Baru, taklimat operasi telah disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Abdul Hakim bin Haji Sharum, Ketua Platun Bertugas Pulau Baru-Baru. Setelah itu Yang Mulia Pemerintah TDDB serta rombongan seterusnya melawat kawasan prasarana Pulau Baru-Baru. Sebelum rombongan bertolak dari Pulau Baru-Baru, Yang Mulia Pemerintah TDDB berserta rombongan menunaikan Solat Fardhu Zhuhor berjemaah di Masjid Pulau Baru-Baru.
Pada sebelah tengah hari rombongan lawatan Yang Mulia Pemerintah TDDB meneruskan acara lawatan ke Kompeni E, 1Bn TDDB, Pekhemahan Bangar. Ketibaan Yang Mulia Pemerintah TDDB berserta rombongan di Jeti Platun Rintis Serang telah disambut oleh Yang Mulia Kapten Awang Haji Mohamad Shahereen Firdaus bin Awang Haji Bakar, Pemangku Pegawai Memerintah Kompeni E 1Bn TDDB. Rombongan lawatan Yang Mulia Pemerintah TDDB dijemput ke Mes Pegawai Perkhemahan Bangar untuk menikmati jamuan makan tengahari. Aturcara lawatan di Perkhemahan Bangar diteruskan dengan penyampaian taklimat oleh Pemangku Pegawai Memerintah, Kompeni E, 1Bn TDDB dan sesi perjumpaan bersama anggota-anggota Kompeni E 1Bn TDDB. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama anggota-anggota Kompeni E 1Bn TDDB.
Lawatan ke 1Bn TDDB dipilih sebagai destinasi pertama aturcara lawatan kerja Yang Mulia Pemerintah TDDB ke unit-unit TDDB adalah satu penghormatan yang tinggi nilainya kepada unit ini. Dengan lawatan ini telah menzahirkan keperihatinan Yang Mulia Pemerintah TDDB terhadap kesejahteraan dan kebajikan anggota-anggota 1Bn TDDB serta memperkasakan semangat kesatuan dan mengeratkan hubungan silaturrahim diantara Pemimpin Tertinggi TDDB dan warga 1Bn TDDB.





