PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis 08 Mac 2018 – Sesi lawatan kerja Yang Mulia Brigadier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, P.S.B, MSc, MPAT, psc Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei ke Perkhemahan Tutong telah berlangsung pada jam 1500 petang yang mana lawatan kerja tersebut telah disambut dengan perbarisan kawad kawalan kehormatan yang diiringi oleh pasukan panji-panji TDDB dan Platun Serunai & Tambor 2Bn TDDB bagi kawalan kehormatan ketibaan Yang Mulia Pemerintah TDDB di hadapan Markas 2Bn TDDB.Ketibaan Yang Mulia Pemerintah TDDB telah disambut oleh Lt Kol Pg Mohammad Shamsul Reza Bin Pg Datu Paduka Hj Tengah, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB, Yang Mulia Mejar Amirul Adly bin Hj Ali, Timbalan Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB, Pegawai-Pegawai Memerintah dan Pegawai-Pegawai 2Bn TDDB.
Sesi lawatan kerja Yang Mulia Pemerintah TDDB dimulai dengan penyampaian taklimat ringkas tentang perihal kejadian 2Bn TDDB yang mana telah disampaikan oleh Yang Mulia Mej Amirul Adly bin Hj Ali, Timbalan Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB di bilik Mesyuarat Laila Raja Markas 2Bn TDDB. Yang Mulia Pemerintah TDDB telah menekankan kepada semua anggota-anggota kursus mengenai kepentingan sekuriti, disiplin, memperguna sebaik mungkin ilmu-ilmu yang disampaikan sepanjang tempoh kursus. Disamping berlatih bersungguh-sunggug kebajikan dan keselamatan anggota-anggota bawah pemimpin perlulah diambil berat.
Sesi lawatan kerja Yang Mulia Pemerintah TDDB diteruskan dengan lawatan ke Mes Pegawai 2Bn bagi menunaikan Solat fardhu Asar dan sesi bergambar ramai bersama-sama pegawai-pegawai. Sesi lawatan kerja Yang Mulia Pemerintah TDDB diakhiri menikmati jemuan ringan di Mes Pegawai 2Bn TDDB.

