BERAKAS GARISON, Rabu 28 Februari 2018– Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh hari ini telah menerima Lawatan Kerja daripada Yang Mulia Rafedah binti Abdul Aziz, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TDDB menyatakan kegembiraan di atas hubungan rapat di antara kedua buah negara dan berharap ianya akan terus berkerjasama dalam meningkatkan lagi hubungan kerja dari perlbagai aspek. Dalam kunjungan ini kedua-dua pihak juga berkesempatan membincangkan dan mengongsikan maklumat dan isu-isu yang berhubung kait dengan bidang ketenteraan kedua belah angkatan tentera seperti Mesyuarat dan eksesais yang melibatkan kedua angkatan tentera yang mana telah diadakan seperti Mesyuarat
Army to Army Staff Talks (A2A ST) dan Eksesais MALBRU/BRUMAL.
Yang Mulia Pemerintah juga menyatakan program ketenteraan seperti ini akan dapat memberi peluang untuk kedua belah angkatan tentera bertukar – tukar pandangan serta meningkatkan kerjasama dalam memantapkan hubungan ketenteraan yang sudah lama terjalin. Ini merupakan Kunjungan Pengenalan yang pertama dari pihak Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.
