BERAKAS GARISON, Isnin 05 Mac 2018– Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Haji Awang Lampoh hari ini telah menerima lawatan kerja Yang Mulia Commodore Jawad Ahmed TI (M), Penasihat Pertahanan Pakistan ke Negara Brunei Darussalam yang berpejabat di Kuala Lumpur, Malaysia.
Lawatan kerja ini adalah bertujuan adalah untuk pengenalan dan membincangkan mengenai dengan hubungan dan kerjasama pertahanan dua hala yang telah dijalankan sejak sekian lama dan ianya dilihat semakin erat dengan adanya pertukaran lawatan, latihan ketenteraan anggota dan mesyuarat disemua peringkat anggota tentera, kunjungan seperti ini adalah perlu bagi mengekalkan perrhubungan rapat yang terjalin antara kedua negara.
