BERAKAS GARISON, Isnin 10 Oktober 2016– Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud hari ini telah menerima Kunjungan Atase Pertahanan dari negara Republik Rakyat China, Senior Col Wu Geng, yang baru ke Negara Brunei Darussalam.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TDDB menyatakan kegembiraan di atas hubungan pertahanan yang mesra dan akan terus berkerjasama untuk meningkatkan lagi system pertahanan dan juga penglibatan aktif kedua-dua pihak adalah termasuk kegiatan-kegiatan latihan pertahanan diantara kedua belah negara.
Dalam Kunjungan Pengenalan ini kedua-dua pihak juga berkesempatan membincangkan dan mengongsikan maklumat dan isu-isu yang berhubung kait dengan pertahanan dan akan terus berkongsi pengalaman dalam pelbagai bidang pertahanan yang mana menambah lagi pengetahuan latihan ketenteraan dua-hala.
Kedua-dua pihak juga turut menyampaikan hasrat untuk terus mengukuhkan lagi jalinan persahabatan yang erat diantara Kedua-dua Angkatan Tentera yang telah sekian lama terjalin disamping membincangkan hala tuju kerjasama dibidang pertahanan.

