
TUTONG CAMP, Friday 26 Ogos 2022- A farewell visit by Warrant Officer 1 Rosleen bin Haji Tujoh, Land Force Sergeant Major (LFSM) took place today at the Ar-Rizqi Cookhouse, Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF), Tutong Camp.
The event started with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by a speech of appreciation from Warrant Officer 1 Kifley bin Haji Johari, Regiment Sergeant Major of 2Bn RBLF. The event then continued with a speech from the LFSM in which he advised to always be united in our core values, cooperative and always look ahead. He also conveyed his thanks and appreciation to all of the RBLF personnel for the dedication and sacrifice given to the organisation and the country.
The ceremony proceeded with the presentation of mementoes as an appreciation of his tenure as LFSM. The ceremony then concluded with a Closing Doa and the signing of parchment.

KUNJUNGAN PERPISAHAN SARJAN MEJAR TDDB BERSAMA WARGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat 26 Ogos 2022– Majlis Kunjungan Perpisahan bagi Pegawai Waran 1 Rosleen bin Haji Tujoh, Sarjan Mejar Tentera Darat Diraja Brunei (SM TDDB), telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Makan Ar-Rizqi, Batalion Kedua TDDB (2Bn TDDB).
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan penghargaan daripada Pegawai Waran 1 Kifley bin Haji Johari, Sarjan Mejar Rejiman Batalion Kedua TDDB (2Bn TDDB). Acara diteruskan dengan ucapan daripada SM TDDB yang mana beliau menasihatkan kepada semua anggota agar bersatu padu dalam nilai teras, bekerjasama dan sentiasa melihat ke hadapan. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga TDDB kerana atas dedikasi dan pengorbanan yang diberikan demi organisasi dan negara.
Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderahati kenangan sebagai ingatan dan penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan beliau sebagai SM TDDB. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa penutup dan penandatanganan lembaran kenangan.