
BERAKAS GARRISON, Wednesday, 31 March 2021 – In conjunction with its 41st Anniversary, Land Engineering Combat Service Support, Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) held a Doa Kesyukuran ceremony at Surau Al-Faizun, Berakas Garrison. The ceremony was attended by Lieutenant Colonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Commanding Officer of Land Engineering CSS RBLF. Also present at the ceremony were invited guests comprised of former Commanding Officers of Land Engineering and former Officers Commanding of both Bolkiah and Penanjong Workshops as well as Officers and personnel of Land Engineering CSS.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and the reading of Surah An-Nahl verses 90 to 95 by Corporal Mohammad Waqiuddin bin Hj Abib from Penanjong Workshop. The ceremony then continued with mass Maghrib prayers followed by the recitation of Surah Yassin and Doa Kesyukuran. To commemorate four decades of engineering development, the ceremony proceeded with a photo-taking session with former pioneers of Land Engineering and light refreshments. The ceremony concluded with mass Isya’ prayers led by Private Abdul Manan bin Othman, Assistant Imam of Surau Al-Faizun.
The ceremony served to enliven the Land Engineering CSS RBLF 41st Anniversary celebration and to seek blessings and protection from Allah Subhanahu Wa Ta’ala for the Land Engineering Unit.


KEJURUTERAAN DARAT KHIDMAT BANTUAN KOMBAT, TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN
BERAKAS GARISON, Rabu, 31 Mac 2021 - Bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Kejuruteraan Darat yang ke 41 tahun, Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bertempat di Surau Al-Faizun, Berakas Garison. Hadir pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat, KBK TDDB. Turut hadir selaku Tetamu Khas ialah Mantan-Mantan Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat, Mantan-Mantan Pegawai Memerintah Bolkiah dan Penanjong Woksyop, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kejuruteraan Darat, KBK TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya bacaan Surah An-Nahl ayat 90 hingga ayat 95 oleh Koperal Mohammad Waqiuddin bin Haji Abib dari Penanjong Woksyop. Majlis diteruskan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Yaasin serta Doa Kesyukuran. Sebagai memperingati empat dekad perkembangan kejuruteraan, sesi bergambar ramai dirakamkan bersama mantan-mantan pelopor Kejuruteraan Darat dan seterusnya menikmati jamuan. Acara diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah yang diimamkan oleh Soldadu Abdul Manan bin Othman, Pembantu Imam Surau Al-Faizun.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi Sambutan Hari Ulang Tahun Kejuruteraan Darat KBK TDDB yang ke-41 disamping memohon keberkatan serta perlindungan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala khasnya bagi unit Kejuruteraan Darat.