BERAKAS GARISON, ISNIN 05 Februari 2018 – Platun 12 daripada Kompeni D, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telahpun menjalankan Kursus Asas Ugama yang bertempat di Surau Al-Faizun, Berakas Garisen. Seramai 25 anggota terdiri daripada platun 12 mengambil bahagian dalam kursus tersebut. Ianya adalah salah satu aktiviti-aktiviti yang diungkayahkan dan inisiatif Pegawai Memerintah Kompeni D untuk mengisi masa anggota-anggota sempena bulan simpanan bagi Kompeni D, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei.

Kursus tersebut dijalankan dari 5hb Februari 2018 hingga 14hb Februari 2018 yang dikedalikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Sabri bin Haji Makhbar, Guru Agama Surau Al-Fa’izun. Bagi Kursus Asas Ugama kali ini, ia lebih mengutamakan asas-asas yang perlu diketahui dan dihalusi sebagai seorang muslim seperti pelajaran yang bersangkut-paut dengan solat dan sebagainya. Selain daripada asas-asas solat, anggota-anggota juga didedahkan kepada berbagai jenis solat seperti solat Jumaat, solat Qasar, solat Jamak dan sebagainya.

Kepentingan wudhu juga ditekankan dan diajarkan kepada setiap anggota kerana salah satu syarat sah solat adalah anggota mestilah suci daripada kotoran dan wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan anggota daripada kotoran tersebut.

Penutup Kursus Asas Ugama tersebut berlangsung pada 14hb Februari 2018, yang mana penyampaian sijil Kursus telah pun disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Sabri.