BERAKAS GARISON, Rabu 12 September 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima Kunjungan Perpisahan daripada Yang Mulia Pegawai Waran 1 Ahmad bin Haji Abdul Kadir, Sarjan Mejar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang akan menamatkan perkhidmatan bertempat di Markas TDDB Berakas Garison.

Turut hadir ialah Yang Mulia Pegawai Waran 1 Awang Rashid bin Abdul Rahman, Sarjan Mejar TDDB. Semasa Kunjungan tersebut, Yang Mulia Pemerintah TDDB berkesempatan mengucapkan penghargaan terima kasih di atas sumbangan beliau di sepanjang perkhidmatan Yang Mulia Pegawai Waran 1 Ahmad didalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.