BERAKAS GARISON, Isnin 2 April 2018 –
Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima Kunjungan Perpisahan daripada Yang Mulia Senior Colonel Nguyen Van Son, Mantan Atase Pertahanan Vietnam bertempat di Markas TDDB Berakas Garison.

Turut hadir ialah Yang Mulia Senior Colonel Nguyen Tien Son, Atase Pertahanan Vietnam yang baru. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai dengan hubungan dan kerjasama pertahanan dua hala dan pada masa yang sama mengucapkan penghargaan terima kasih di sepanjang perkhidmatan Yang Mulia Senior Colonel Nguyen Van Son bertugas selaku Atase Pertahanan Vietnam di atas sumbangan beliau dan mengenalkan Atase Pertahanan Filipina yang baru dilantik kepada Pemerintah TDDB.