BERAKAS GARISON, Isnin 18 Disember 2017 - Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima Kunjungan Perpisahan daripada Yang Mulia Kolonel Ernest Marc P Rosal, Mantan Atase Pertahanan Filipina bertempat di Markas TDDB Berakas Garison.

Turut hadir ialah Yang Mulia Kolonel Jose Ricky A Laniog Pa Mnsa, Atase Pertahanan Filipina yang baru. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai dengan hubungan dan kerjasama pertahanan dua hala dan pada masa yang sama mengucapkan penghargaan terima kasih di sepanjang perkhidmatan Yang Mulia Kolonel Ernest Marc P Rosal bertugas selaku Atase Pertahanan Filipina di atas sumbangan beliau dan mengenalkan Atase Pertahanan Filipina yang baru dilantik kepada Pemerintah TDDB.