BERAKAS GARISON, Khamis 02 November 2017 – Tuan Yang Terutama Motohiko Kato, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam telah membuat kunjungan pengenalan kepada Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.
Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak berkesempatan membincangkan dan mengongsikan mengenai maklumat dan isu-isu yang berhubung kait dengan pertahanan dan hubungan kerjasama ketenteraan di antara kedua-dua negara.
Semasa kunjungan pengenalan tersebut, Tuan Yang Terutama menekankan kepentingan untuk terus mempertingkatkan hubungan pertahanan dengan Jepun yang mana ianya telah dipupuk melalui pertukaran lawatan, kursus, serta interaksi di antara pegawai-pegawai dari kedua belah pihak pada peringkat serantau dan antarabangsa.

