BERAKAS GARISON, Selasa, 10 April 2018 – Yang Mulia Kolonel Lamla Malotana, Penasihat Pertahanan Afrika Selatan di Kuala Lumpur, Malaysia yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam, pada hari ini mengadakan kunjungan hormat pengenalan kepada Yang Mulia Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, Pemangku Pemerintah Tentera Darat Brunei (TDDB) di Markas TDDB, Berakas Garison.
Yang Mulia Pemangku Pemerintah TDDB telah mengalu-alukan kedatangan beliau ke Negara Brunei Darussalam dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan beliau sebagai Penasihat Pertahanan. Kunjungan hormat tersebut memberikan peluang bagi mengukuhkan hubungan baik dan menerokai bidang-bidang kerjasama pertahanan yang boleh diperkembangkan di masa akan datang.
Negara Brunei Darussalam dan Afrika Selatan telah menubuhkan hubungan diplomatik pada 5 Oktober 1996.


