BERAKAS GARISON, Isnin 19 Mac 2018 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah menerima Kunjungan Pengenalan daripada Yang Mulia Colonel Özer Çaliskan, Atase Pertahanan Republik Turki di Kuala Lumpur, Malaysia yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.

Kunjungan hormat tersebut memberikan peluang kedua belah pihak menyuarakan rasa puas hati atas hubungan yang baik dan mesra di antara kedua buah negara itu dan juga berbincang mengenai peluang-peluang kerjasama yang boleh dipertingkatkan lagi khususnya dalam bidang pertahanan.