BERAKAS GARISON, Khamis 12 Julai 2018 - Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh telah menerima Kunjungan Pengenalan daripada Yang Mulia Leftenan Kolonel Dave Pack dan Kunjungan Perpisahan daripada Yang Mulia Leftenan Kolonel Jamie C Murray,
Commanding Officer Second Battalion Royal Gurkha Rifles (2RGR) yang baru dan lama, bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TDDB menyatakan kegembiraan di atas hubungan pertahanan yang mesra di antara TDDB dan 2RGR. Kedua-dua pihak juga berkesempatan membincangkan mengenai rancangan latihan ketenteraan dan isu-isu yang berhubungkait dengan pertahanan di antara kedua-dua negara.
Pemerintah TDDB juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Yang Mulia Leftenan Kolonel Jamie C Murray di atas kerjasama yang telah diberikan kepada TDDB dan di dalam apa jua bidang yang diterajuinya pada masa akan datang.

