BERAKAS GARISON, Khamis 13 September 2018
– Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima Kunjungan Kerja daripada Yang Mulia Kolonel Anirudh Chauhan, Penasihat Pertahanan India yang berpejabat di Kuala Lumpur Malaysia, bertempat di Markas TDDB Berakas Garison.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai dengan hubungan dan kerjasama pertahanan dua hala yang telah lama terjalin dan pada masa yang sama Yang Mulia Kolonel Anirudh Chauhan mengucapkan penghargaan tahniah kepada Pem TDDB di atas perlantikannya sebagai Pemerintah TDDB yang baru memegang jawatan pada awal tahun ini. Kedua-dua pihak juga turut menyampaikan hasrat untuk terus mengukuhkan lagi jalinan persahabatan yang erat diantara Kedua-dua Angkatan Tentera disamping membincangkan hala tuju kerjasama dibidang pertahanan.