BERAKAS GARISON, Isnin 03 September 2018 – Pemangku Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar telah menerima Kunjungan Kerja daripada Yang Mulia Kolonel Inf. Josep Tanada Sidabutar, Komandan Brigif Para Raider 3/Tri Budi Mahasakti, Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) bertempat di Markas TDDB.
Kunjungan Kerja ini adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai dengan hubungan dan kerjasama pertahanan dua hala dan kedua-dua pihak juga turut menyampaikan hasrat untuk terus mengukuhkan lagi jalinan persahabatan yang erat diantara Kedua-dua Angkatan Tentera yang telah sekian lama terjalin disamping membincangkan hala tuju kerjasama dibidang pertahanan melalui pertukaran lawatan peringkat tinggi dan pelbagai interaksi lainnya termasuk kursus dan latihan ketenteraan dua-hala.
Negara Brunei Darussalam dan Indonesia telah lama menjalin hubungan dua hala dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pertahanan yang sememangnya telah terbukti memberi manfaat kepada kedua-dua negara.


