BERAKAS GARISON, Isnin 19 Mac 2018 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah menerima Kunjungan Kerja daripada Yang Mulia Rear Admiral Donald Gabrielson’s, Commander Task Force 73 (CTF-73), United State Navy ke Negara Brunei Darussalam.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TDDB menyatakan kegembiraan di atas hubungan pertahanan yang mesra di antara kedua-dua negara. Penglibatan aktif kedua-dua pihak adalah termasuk kegiatan-kegiatan di dalam pameran pertahanan dan juga pertukaran lawatan antara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat yang terus berkembang, terutamanya melalui eksesais-eksesais bersama. Hubungan pertahanan di antara dua belah pihak diperkuatkan lagi oleh interaksi pertahanan yang kerap di bawah rangka Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dengan rakan dialog atau ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) Plus, termasuk eksesais ketenteraan dan juga persidangan.

