BERAKAS GARISON, Isnin 06 November 2017 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud telah menerima Kunjungan Kerja daripada Yang Mulia Rear Admiral Donald Gabrielson’s, Commander Logistics Group Western Pacific (COMLOG WESTPAC) And Commander Task Force 73 (CTF-73), United State Navy ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TDDB menyatakan kegembiraan di atas hubungan pertahanan yang mesra di antara kedua-dua negara. Penglibatan aktif kedua-dua pihak adalah termasuk kegiatan-kegiatan di dalam pameran pertahanan dan juga pertukaran lawatan.

Sementara itu, kedua-dua pihak juga berbincang mengenai cara-cara untuk memperkukuhkan kerjasama mengenai hal-hal pertahanan dan peralatan pertahanan.