BERAKAS GARISON, Selasa 3 April 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima Kunjungan Kerja daripada Yang Mulia Senior Colonel Wu Geng, Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam bertempat di Markas TDDB Berakas Garison.
Semasa kunjungan tersebut, kedua pihak menyatakan rasa gembira di atas hubungan dua hala yang berterusan baik dan aktif di antara kedua negara melalui pertukaran lawatan peringkat tinggi dan pelbagai interaski lainnya termasuk latihan, kursus dan latihan ketenteraan.
Yang Mulia Senior Colonel Wu Geng turut berkesempatan membuat Kunjungan Kerja kepada Yang Mulia Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, Timbalan Pemerintah TDDB. Negara Brunei Darussalam menubuhkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China pada 30 September 1991. Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan Nasional Republik Rakyat China telah menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai Pertukaran Ketenteraan pada 12 September 2003.


