LUMUT CAMP, Tuesday, 03 November 2020 – In conjunction with the Royal Brunei Land Force (RBLF) 59th Anniversary, a Khatam Al-Quran and Thanksgiving Ceremony was held at all suraus in RBLF. Attending the event as the guest of honour at Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp was Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. Also, in attendance were Commanding Officer of the Third Battalion RBLF (3Bn RBLF), officers and other 3Bn RBLF personnel.
Similar ceremonies were also held and present at the events as the guest of honour was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of RBLF at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp; Lieutenant Colonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Chief of Staff RBLF at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison; Colonel (Dr) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan, Acting Commandant of the Combat Service Support (CSS) RBLF at Surau Al-Fai’zun, Berakas Garrison; Major Haji Arslan bin Haji Ya’akub, Officer Commanding of Company Headquarters at Surau Al-Quwwah, Bangar Camp and Pulau Baru-Baru Mosque also held Khatam Al-Quran and Thanksgiving Ceremony. Also in attendance were senior officers, officers and personnel from each respective camps.
All the ceremonies started with the recitation of the Holy Al-Quran, followed by mass Maghrib prayer, Khatam Al-Quran and mass Isyak prayer. The ceremony concluded with Doa Khatam and Doa Kesyukuran Khas in conjunction with the 59th Anniversary of RBLF.






MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE 59
PERKHEMAHAN LUMUT, Selasa, 03 November 2020 – Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (HUT TDDB) yang ke 59 tahun telah diadakan di seluruh surau Perkhemahan TDDB. Hadir selaku tetamu kehormat di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut ialah Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB), Pegawai-pegawai dan anggota- anggota 3Bn TDDB.
Majlis yang sama turut diadakan dan hadir selaku tetamu kehormat ialah Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong, Leftenan Kolonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Ketua Staf TDDB di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison, Kolonel (Dr) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan, Pemangku Komandan Khidmat Bantuan Kombat TDDB di Surau Al-Fai’zun, Berakas Garison, Mejar Haji Arslan bin Haji Ya’akub, Pegawai Memerintah Kompeni Markas TDDB di Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar dan Masjid Pulau Baru-Baru juga mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran tersebut. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari setiap perkhemahan yang terlibat.
Majlis-majlis tersebut dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, Khatam Al-Quran dan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Khatam dan Doa Kesyukuran Khas sempena HUT TDDB ke-59 tahun.