PANGKALAN TENTERA UDARA,
Ahad 25 Mac 2018 – Ketibaan Tuan Yang Terutama Jeneral Qamar Javed Bajwa, Chief of the Army Staff, Pakistan Army berserta istri dan delegasi dari Tentera Darat Pakistan telah disambut oleh Yang Mulia Kolonel Khairil bin Haji Ismail, Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Turut hadir ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Mohamad Huzaimi bin Pehin Datu Harimau Padang Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Husin, Ketua Inspektorat TDDB dan Pegawai-pegawai dari TDDB.

Lawatan Tuan Yang Terutama
Chief of the Army Staff, Pakistan Army pada kali ini adalah bagi merupakan lawatan pengenalan Tuan Yang Terutama selaku Ketua Staf Tentera Darat Pakistan sejak November 2016 yang bermula pada 25 hingga 27 Mac 2018.