PERKHEMAHAN LUMUT, Rabu 27 Disember 2017 – Kempen Derma Darah Anjuran Kementerian Kesihatan telah melaksanakan kempen derma darah sebagai salah satu projek kemasyarakatan pada pagi tadi bertempat di rumah masak Batalion ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB).
Kempen tersebut telah dikendalikan oleh pihak kakitangan Hospital Tabung Darah Hospital RIPAS dan seramai 70 orang anggota tentera darat dari 3Bn TDDB yang berpengkalan di perkhemahan Lumut, telah turut serta dalam memberikan sokongan dan melibatkan diri dalam menjayakan lagi dalam kempen tersebut.
Kempen derma darah yang dijalankan ini adalah bertujuan bagi memberikan sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat dalam menyumbangkan dan menambahkan simpanan tabung darah negara disamping ingin menanamkan sifat beramal jariah kepada anggota-anggota tentera bahawa menderma darah adalah amalan mulia, dapat menolong menyelamatkan nyawa orang lain.