BRUNEI, Wednesday, 20TH March 2024 – In conjunction with the 62nd Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), the Royal Brunei Land Force (RBLF) had partake at the Kamathali Habbah Charity Project, as a part of annual RBAF’s Community Outreach program, conducted simultaneously at all district in Brunei Darussalam with the assistance from the RBAF Veterans Association. The charity project involved coordination through the suraus within the RBAF’s camps, including those within RBLF camps, where donations were collected from January 2024 to March 2024. A total of 15 retired RBAF personnel received the donations.

Represented RBLF in handing over the donation for donations collected at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garisson was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of RBLF. The donations were held at the respective recipient’s house in Temburong District. Meanwhile, donations collected at Surau Al-Quwwah, Bangar Camp, Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp and Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp were handed over by Military Directors from the Ministry of Defence.

This benevolent initiative within the RBAF community has received wholehearted support every year since its introduction.  It serves to motivate the members to persist in aiding those in need.

PROJEK KAMATHALI HABBAH SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE 62

BRUNEI, Rabu, 20 Mac 2024 – Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-62, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyertai inisiatif Jangkauan Komuniti ABDB iaitu Projek Kamathali Habbah. Projek ini merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan tahunan Sempena sambutan Hari Ulang Tahun ABDB yang telah diadakan di semua daerah di Negara Brunei Darussalam dengan bantuan dari Persatuan Veteran ABDB dan melibatkan kerjasama daripada surau-surau perkhemahan-perkhemahan ABDB termasuk surau-surau perkhemahan TDDB. Sumbangan mula dikumpulkan dari Januari 2024 hingga Mac 2024 dan sejumlah 15 bekas anggota ABDB telah menerima sumbangan tersebut.

Mewakili TDDB bagi penyampaian sumbangan yang dikumpulkan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB. Sumbangan tersebut diserahkan di rumah penerima-penerima di Daerah Temburong. Sementara itu, sumbangan yang dikumpulkan di Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar, Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong, dan Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut telah disampaikan oleh Pengarah-Pengarah Angkatan Tentera dari Kementerian Pertahanan.

Inisiatif yang berkebajikan ini telah mendapat sokongan penuh semangat dari dalam komuniti ABDB sejak ianya mula diperkenalkan di samping memberi inspirasi kepada setiap anggota untuk terus menghulurkan pertolongan kepada mereka yang memerlukan.