BRUNEI, Friday, 9 February 2024 – In conjunction with the Royal Brunei Land Force (RBLF) 62nd Anniversary, RBLF carried out a charity event for orphans in a Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim which took place simultaneously to respective recipients’ houses concentrated in Brunei Muara and Tutong District.
A total of 14 recipients received the donation which consists of four families of First Battalion RBLF, nine from Second Battalion RBLF and one from Dental Services RBLF.
Colonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak, Chief Dental Officer RBLF handed over donations at the residence of the recipient at Kampung Perpindahan Lambak Kanan, while other donations were presented by the Officers Commanding of First Battalion RBLF and Second Battalion RBLF. Also, officers of RBLF at several separate venues.
Upon arrival at a recipient’s residence, the event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of donations and concluded with the recitation of Doa Selamat lead by the accompanying officer.
Jalinan Kasih program is an annual welfare programme that was conducted by RBLF to signifies the compassion, good deeds and charitable effort of RBLF towards the orphans. It is a token of salutations remembrance of the loyal duty of their departed parents who once served for the RBLF, particularly for the orphans. Simultaneously it also helps to ease the burden of the orphans in their preparation of the upcoming Ramadan celebration as well as to train members of the RBLF to be more apprehensive about the orphans.






TDDB BERI BANTUAN DERMA MELALUI PROGRAM JALINAN KASIH SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG KE 62
BRUNEI, Jumaat, 9 Februari 2024 – Melalui Program Jalinan Kasih, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengendalikan Majlis Penyampaian Sumbangan Derma kepada Anak-anak Yatim sempena sambutan Hari Ulang Tahun TDDB ke 62. Pengagihan sumbangan ini diadakan secara serentak ke rumah – rumah penerima yang tertumpu di kawasan Daerah Brunei-Muara dan Tutong.
Sebanyak 14 keluarga anak – anak yatim telah menerima sumbangan berkenaan iaitu empat keluarga dari Batalion Pertama TDDB, sembilan dari Batalion Kedua TDDB dan seorang dari Khidmat Pergigian TDDB. Sumbangan tersebut dikumpulkan dari kutipan Tabung Kebajikan TDDB.
Kolonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Pegawai Pergigian TDDB telah menyampaikan sumbangan derma di rumah kediaman penerima di Kampung Perpindahan Lambak Kanan. Selain itu, Pegawai – Pegawai Memerintah Batalion Pertama dan Kedua TDDB, dan Pegawai – pegawai TDDB turut menyampaikan sumbangan yang sama di rumah penerima yang lain mengikut kawasan yang ditetapkan.
Sejurus tiba di rumah kediaman penerima, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al – Fatihah, diikuti dengan penyampaian sumbangan dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh pegawai pengiring yang bertugas.
Program Jalinan Kasih merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh TDDB sebagai usaha berkebajikan dalam membantu dan menyumbang terhadap anak – anak yatim. Majlis ini juga adalah tanda penghargaan bagi mengenang jasa bakti ibu bapa anak-anak yatim yang meninggal dunia ketika berkhidmat dalam TDDB. Pada masa yang sama, ia dapat membantu dan meringankan beban anak – anak yatim dalam persiapan menyambut bulan suci Ramadan yang akan datang serta untuk menjadikan anggota – anggota TDDB lebih prihatin dalam perihal anak – anak yatim.