MALAYSIA, Tuesday, 11 August 2026 – Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), undertook an Introductory Visit to Malaysia from 10 to 13 August 2026 as part of ongoing efforts to strengthen defence relations and military cooperation between the RBLF and the Malaysian Army.
Upon arrival at the Ministry of Defence Malaysia, the Commander of the RBLF was welcomed by the Chief of Army, Malaysian Army, General Tan Sri Haji Azhan bin Haji Md Othman. The official reception commenced with an inspection of the Guard of Honour mounted by Malaysian Army personnel, followed by an introductory call on the Chief of Army.
During the call, both leaders reaffirmed the close and enduring relationship between the RBLF and the Malaysian Army, underpinned by longstanding cooperation through bilateral and multilateral exercises, training, professional military education and exchanges. Both sides also discussed opportunities to further enhance cooperation and interoperability between the two land forces.
As part of the programme, the Commander of the RBLF visited the Malaysian Army Training and Doctrine Command Headquarters at Segenting Camp, Port Dickson, Negeri Sembilan, where discussions focused on training, doctrine development and professional military development. He also visited the Type ‘A’ Vehicle Obstacle Course (KJA) at Bukit Hitam to observe its training facilities and capabilities.
During the visit, the Commander of the RBLF was presented with the Honorary Infantry Reconnaissance Instructor Expertise Badge and awarded a Type ‘A’ Vehicle Driving Licence in recognition of his participation during the programme.
The visit underscores the importance of defence diplomacy and sustained military-to-military engagement in strengthening mutual understanding between the RBLF and the Malaysian Army. It further reinforces the close bond between both land forces in support of continued regional peace, security and stability.












LAWATAN PENGENALAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE MALAYSIA
MALAYSIA, Selasa, 11 Ogos 2026 – Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), telah mengadakan Lawatan Pengenalan ke Malaysia bermula 10 hingga 13 Ogos 2026 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan pertahanan dan kerjasama ketenteraan antara TDDB dan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Ketibaan Pemerintah TDDB di Kementerian Pertahanan Malaysia disambut oleh Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Tan Sri Haji Azhan bin Haji Md Othman. Acara rasmi dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama daripada anggota TDM, sebelum diteruskan dengan kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Darat.
Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak menegaskan semula hubungan erat dan berkekalan antara TDDB dan TDM yang disokong oleh kerjasama sekian lama melalui pelbagai latihan, Pendidikan ketenteraan profesional dan program pertukaran. Kedua-dua pihak turut membincangkan peluang bagi mempertingkatkan lagi kerjasama serta kebolehoperasian antara kedua-dua angkatan darat.
Sebagai sebahagian daripada rangka lawatan, Pemerintah TDDB turut mengadakan kunjungan rasmi ke Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MK PLDTD) di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan di mana perbincangan tertumpu kepada aspek latihan, pembangunan doktrin dan pembangunan profesionalisme ketenteraan. Pemerintah TDDB juga mengadakan lawatan ke Litar Merentas Halangan Kenderaan Jenis ‘A’ (KJA) di Bukit Hitam bagi meninjau kemudahan latihan serta keupayaan.
Semasa lawatan tersebut, Pemerintah TDDB telah dianugerahkan Lencana Kepakaran Jurulatih Peninjau Infantri Kehormat serta Lesen Memandu Kenderaan Jenis ‘A” sebagai pengiktirafan terhadap penyertaan beliau dalam program berkenaan.
Lawatan ini menekankan kepentingan diplomasi pertahanan dan interaksi berterusan antara tentera dalam memperkukuh persefahaman bersama antara TDDB dan TDM. Ia juga mencerminkan hubungan erat kedua-dua Tentera Darat bagi memajukan hubungan pertahanan yang telah lama terjalin serta menyumbang kepada keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.