BERAKAS GARRISON, Tuesday, 26th May 2026 – The closing ceremony for the Intermediate Officer Tactics Course (IOTC) was held at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. A total of 43 officers from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) attended the eight-week course, which was conducted from 30th March to 22nd May 2026, consisting of 23 officers from the Royal Brunei Land Forces (RBLF), 16 officers from the Ministry of Defence, one officer each from the Joint Force Headquarters RBAF and the Training Institute RBAF, and two from the Special Forces Regiment RBAF. Present to officiate the closing was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander RBLF. Also present were the Commanding Officer, School of Infantry (SOI) RBLF, Senior Officers, invited officers, as well as SOI Officers’ Development Wing (ODW) Directing Staff.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the recitation of Surah Al-Anfal from verse 57 to verse 63, led by Lieutenant Haji Abdul Wadud bin Dato Paduka Haji Md Yussop, RBN. The event continued with a course review delivered by Major Nor Mohammad Saufi @ Nikmat bin Ahmad, Officer Commanding of the ODW, followed by the presentation of certificates and closing remarks by the Commander RBLF. In his remarks, Commander RBLF emphasised the importance of the course in shaping an officer’s career development and professional competency. He urged course participants to continuously strive towards achieving excellence in carrying out their assigned duties and responsibilities. He also highlighted the importance of strengthening spiritual values and fulfilling responsibilities with dedication, honesty and integrity. The Commander RBLF further stressed the importance of continuous self-improvement through the pursuit of knowledge and awareness of current affairs and global developments in view of the increasingly complex security environment and emerging challenges. He also added that officers must continuously enhance their self-management, communication and decision-making skills while demonstrating integrity, accountability and professionalism at all levels of leadership.
The course is aimed at developing officers with the tactical understanding and staff procedure knowledge required to effectively undertake operational planning roles and responsibilities.











MAJLIS PENUTUP KURSUS INTERMEDIATE OFFICER TACTICS
BERAKAS GARISON, Selasa, 26 Mei 2026 – Majlis Penutup bagi Kursus Intermediate Officer Tactics (IOTC) telah diadakan di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Seramai 43 pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengikuti kursus selama lapan minggu itu, yang berlangsung dari 30 Mac hingga 22 Mei 2026, terdiri daripada 23 pegawai Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), 16 pegawai Kementerian Pertahanan, seorang Pegawai masing-masing dari Markas Angkatan Bersama ABDB dan Institut Latihan ABDB, dan dua pegawai Rejimen Pasukan Khas ABDB. Hadir bagi merasmikan acara penutup ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri (SI) TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai jemputan serta pegawai-pegawai juruarah dari Cawangan Perkembangan Pegawai (CPP), SI.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Surah Al-Anfal dari ayat 57 hingga ayat 63 yang dipimpin oleh Leftenan Haji Abdul Wadud bin Dato Paduka Haji Md Yussop, TLDB. Majlis diteruskan dengan ulasan kursus yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah CPP, Mejar Nor Mohammad Saufi @ Nikmat bin Ahmad, diikuti dengan penyampaian sijil dan ucapan penutup oleh Pemerintah TDDB. Dalam ucapan beliau, Pemerintah TDDB menekankan kepentingan kursus tersebut dalam membentuk perkembangan kerjaya dan kompetensi profesional seseorang pegawai. Beliau turut menggesa para peserta kursus agar terus berusaha ke arah mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Selain itu, beliau turut menyatakan kepentingan memperkukuhkan nilai kerohanian serta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, kejujuran dan integriti. Pemerintah TDDB seterusnya menegaskan kepentingan penambahbaikan diri secara berterusan melalui usaha menimba ilmu pengetahuan serta peka terhadap perkembangan isu semasa dan global memandangkan persekitaran keselamatan dan cabaran semasa yang semakin kompleks. Beliau menambah bahawa setiap pegawai perlu sentiasa meningkatkan kemahiran pengurusan diri, komunikasi dan membuat keputusan di samping mempamerkan integriti, akauntabiliti dan profesionalisme di semua peringkat kepimpinan.
Kursus ini adalah bertujuan untuk melatih pegawai dengan pemahaman taktikal serta pengetahuan mengenai prosedur staf yang diperlukan bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab perancangan operasi dengan berkesan.