BERAKAS GARRISON, Tuesday, 25 July 2023 – Dental Services Royal Brunei Land Force (RBLF) received a study visit today from the Institute Brunei Technical Education (IBTE). A total of 18 National Technical Education Certificate (NTec) in Dental Assistant Course students and five teaching staff involved in this visit.
Upon arrival, the delegation was welcomed by Colonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak, Chief Dental Services, followed by his welcoming remark and a briefing on Dental Services RBLF. It continued with a sharing session by Lance Corporal Awang Azhar bin Awang Japari and Lance Corporal Siti Nur Sabrina binti Haji Makhdzar in their experience as Dental Surgery Assistant.
The visit proceeded with a tour at the Dental Laboratory Services, Dental Surgery Rooms and infrastructure at the Dental Services RBLF Headquarters whereas the delegation had an opportunity to have a closer look at the newly acquired 3D Cone-beam Computed Tomography (CBCT) X-Ray machine and a static display of the new Field Dentistry Units. The visit concluded with a group photo session.
The visit aimed to provide valuable knowledge about the Dental Services RBLF to the students and staffs as well as being part of the school curriculum.


KHIDMAT PERGIGIAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI
BERAKAS GARISON, Selasa, 25 Julai 2023 – Khidmat Pergigian Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) pada hari ini telah menerima lawatan sambil belajar dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei. Seramai 18 orang pelajar Kursus Sijil Pendidikan Teknikal Kebangsaan dalam Pembantu Pergigian dan lima tenaga pengajar terlibat di dalam lawatan tersebut.
Sejurus ketibaan, rombongan disambut oleh Kolonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Khidmat Pergigian TDDB. Beliau seterusnya menyampaikan ucapan pembukaan dan taklimat mengenai unit berkenaan. Melalui lawatan tersebut, sesi perkongsian pengalaman sebagai Pembantu Bilik Rawatan turut diadakan yang dikongsikan oleh Las Kopral Awang Azhar bin Awang Japari dan Las Kopral Siti Nur Sabrina binti Haji Makhdzar.
Lawatan diteruskan dengan melawat Makmal Pergigian, Bilik Rawatan Pergigian dan prasarana di Markas Khidmat Pergigian yang mana ahli rombongan berpeluang menyaksikan keupayaan Sistem Radiografi Digital dan Mesin 3D Cone-beam Computed Tomography CBCT X-Ray dan pameran statik alat kelengkapan pergigian medan yang baru. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Lawatan sambil belajar ini banyak membantu para pelajar dan tenaga pengajar yang terlibat untuk mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut mengenai Khidmat Pergigian TDDB secara amnya yang mana ia juga merupakan kesinambungan pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum sekolah.