TUTONG, Saturday, 15 April 2023 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) and School of Infantry RBLF (SOI RBLF) in collaboration with the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate organised the Ihya Ramadhan and Ramadhan Outreach Programme today at Kampung Benutan Mosque.
Present was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of RBLF. Also present were Field Commander of RBLF, Deputy Head of Kampung Benutan, Deputy Penghulu of Mukim Rambai, Senior officers, officer and personnel of RBLF, Imam of Kampung Benutan Mosque and residents of Kampung Benutan.
The event began with the recitation of Yassin and Tahlil, followed by Iftar and mass Maghrib Prayer. It continued with dinner, mass Fardhu Isya prayer, Sunat Tarawih and Witir prayers. The event then proceeded with Tadarus Al-Quran by the congregation followed by the presentation of donations to the underprivileged and orphans in Kampung Benutan. The event concluded with a group photo session and Closing Doa.
The purpose of the event is to enliven the mosque during the holy month of Ramadhan and to strengthen communal bonds especially with the rural residents.


IHYA RAMADAN DAN JANGKAUAN RAMADAN DITERUSKAN DI KAMPUNG BENUTAN
TUTONG, Sabtu, 15 April 2023 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) dan Sekolah Infantri TDDB dengan kerjasama Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada hari ini telah menganjurkan Program Ihya Ramadan dan Jangkauan Ramadan di Masjid Kampung Benutan.
Hadir pada program tersebut ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pemerintah Medan TDDB, Pemangku Ketua Kampung Benutan, Pemangku Penghulu Mukim Rambai, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota TDBB, Imam Masjid Kampung Benutan dan penduduk kampong.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil, diikuti dengan majlis berbuka puasa dan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Acara diteruskan dengan makan malam dan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, Sunat Tarawih serta Witir berjemaah. Majlis disambung dengan Tadarus Al-Quran bersama para jemaah dan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan penduduk kampong yang memerlukan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan Doa Penutup.
Majlis berkebajikan ini bertujuan untuk mengimarahkan masjid di bulan suci Ramadan, di samping mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan terutamanya dengan penduduk di kawasan pedalaman.