PULAU BARU-BARU, Monday, 17 April 2023 – The Third Battalion, Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) in collaboration with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate hosted the Ihya Ramadhan and Outreach Programme for Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II and entourage, today at Pulau Baru-Baru Mosque.

Present were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBAF, Deputy Commander of RBLF, Field Commander of RBLF, Deputy Permanent Secretary, Senior officers and officers from Ministry of Defence, RBAF and RBLF.

The programme began with mass Zohor prayer, followed by the recitation of Surah Yassin and Tahlil, Doa Peliharakan Sultan dan Negara, Selawat, Surah Al Asr, Tasbih Kafarrah and Doa untuk kedua Ibu Bapa before concluding with the signing of parchment.

The programme aims to encourage religious activities and to further reap the benefits of the holy month of Ramadhan.  It also serves to further strengthen the bonds between Ministry of Defence and RBLF personnel.

 

PROGRAM IHYA RAMADAN DAN JANGKAUAN RAMADAN DITERUSKAN DI MASJID PULAU BARU-BARU

PULAU BARU-BARU, Isnin, 17 April 2023 – Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) dengan kerjasama Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada hari ini telah menganjurkan Program Ihya Ramadan dan Program Jangkauan Ramadan bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II beserta rombongan di Masjid Pulau Baru-Baru.

Hadir bagi program tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Timbalan Pemerintah TDDB, Pemerintah Medan TDDB, Timbalan Setiausaha Tetap serta Pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan, ABDB dan TDDB.

Program dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Zuhur berjemaah dan diteruskan dengan bacaan surah Yassin dan Tahlil, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara, Surah Al-Asr, Tasbih Kafarrah dan Doa untuk kedua Ibu Bapa. Majlis berakhir dengan penandatanganan lembaran kenangan.

Majlis berkebajikan ini bertujuan untuk meningkatkan amalan dan ketakwaan demi meraih keberkatan terutamanya di bulan suci Ramadan. Ia juga mampu mengukuhkan ukhuwah silaturahim di antara anggota Kementerian Pertahanan dan TDDB.