SURAU AL-QUWWAH, BANGAR CAMP, Monday 20 May 2019 – Echo Company First Battalion of the Royal Brunei Land Force (E Coy 1Bn RBLF) has conducted iftar with former Officer Commandings of E Coy 1Bn RBLF and former Commandants of Bangar Camp which was held at Surau Al-Quwwah, Bangar Camp. The event was organised by Capt Haji Mohammad Faizi bin Haji Tarif, Officer Commanding E Coy 1Bn RBLF.

The event this year has been graced with the presence of former Officer Commandings of E Coy 1Bn RBLF, Maj Haji Mohd Alimin bin Haji Subohi, Maj Haji Mohammad bin Haji Ahmad and Maj Abdul Mujib bin Haji Japar. Also present during the iftar were former Bangar Camp Commandants, WO1 (R) Haji Saidil bin Haji Muslim, WO1 (R) Haji Muslim bin Haji Salleh, WO1 (R) Donglah bin Mat Tahir, SSgt (R) Sani bin Abdullah, WO2 (R) Kula bin Angang, WO1 (R) Muhd Amirul Afif bin Abd Rahim Tagal and WO1 (R) Md Jais bin Alleh.

The event commenced with a photo session with former Officer Commandings and former Bangar Camp Commandants of E Coy 1Bn RBLF. The ceremony continued with the recitation of Surah Yassin and Tahlil then followed by iftar before proceeding with the maghrib prayer. The event concluded with the presentation of gifts to the invited guests. This iftar is an annual event that aims to maintain friendship as well as to appreciate former Officer Commandings and Camp Commandants.

 

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN PEGAWAI MEMERINTAH KOMPENI E DAN MANTAN-MANTAN KOMANDAN PERKHEMAHAN BANGAR

SURAU AL-QUWWAH, PERKHEMAHAN BANGAR, Isnin 20 Mei 2019 – Kompeni E Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (Komp E 1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Mantan-Mantan Pegawai Memerintah Komp E dan Mantan-Mantan Komandan Perkhemahan Bangar yang telah berlangsung pada hari ini dan dipengerusikan oleh Yang Mulia Kapten Haji Mohammad Faizi bin Haji Tarif, Pegawai Memerintah Komp E 1Bn TDDB.

Acara pada tahun ini telah diserikan lagi dengan kehadiran mantan-mantan Pegawai Memerintah Komp E iaitu Yang Mulia Mej Haji Mohd Alimin bin Haji Subohi, Yang Mulia Mej Haji Mohammad bin Haji Ahmad dan Yang Mulia Mej Abdul Mujib bin Haji Japar. Turut hadir semasa majlis tersebut ialah mantan-mantan Komandan Perkhemahan Bangar iaitu, Yang Mulia PW1 (B) Haji Saidil bin Haji Muslim, Yang Mulia PW1 (B) Haji Muslim bin Haji Salleh, Yang Mulia PW1 (B) Donglah bin Mat Tahir, Yang Mulia SSjn (B) Sani bin Abdullah, Yang Mulia PW2 (B) Kula bin Angang, Yang Mulia PW1 (B) Muhd Amirul Afif bin Abd Rahim Tagal dan Yang Mulia PW1 (B) Md Jais bin Alleh.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai bersama mantan-mantan Pegawai Memerintah dan juga mantan-mantan Komandan Perkhemahan Bangar. Majlis diteruskan dengan bacaan yassin dan tahlil serta bersungkai serta menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah dan kemudiannya menikmati juadah berbuka puasa di Rumah Masak Perkhemahan Bangar. Acara diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh Yang Mulia Pegawai Memerintah Komp E 1Bn dan Sarjan Mejar Rejimen 1Bn TDDB kepada para jemputan.

Majlis ini merupakan acara tahunan dan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di samping mengenang jasa dan khidmat yang telah dicurahkan.