BRUNEI, Thursday, 13 April 2023 – The arrival of the blessed month of Ramadhan 1444 Hijrah was glorified with an Iftar and Presentation of Donation ceremony hosted by Royal Brunei Land Force (RBLF) for all special needs children under RBLF held at four respective events.

Present as the Guest of Honour to present the donations for the ceremony held at Officers’ Mess, Berakas Garrison was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of RBLF. Similar events were also held at different venues. Present at the event held at the Warrant Officers’, Staff Sergeants’ and Sergeants’ Mess, Berakas Garrison was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of RBLF, whereas Colonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Field Commander of RBLF was present at the Officers’ Mess, Second Battalion RBLF. Meanwhile, Lieutenant Colonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Chief of Staff RBLF also present at the Warrant Officers’, Staff Sergeants’ and Sergeants’ Mess, Berakas Garrison on 12 April 2023 for the similar event.

The ceremony commenced with the recitation of Tahlil and Doa Arwah, followed by the presentation of the donations, Iftar, Fardhu Maghrib prayers and concluded with a group photo session.

This event was held as part of community outreach activities aimed to raise a sense of concernment and care towards special needs children of the RBLF. In addition, this event also intended to strengthen relationship among RBLF personnel and the family of the special needs children. Through such activities, RBLF will always be committed and compassionate in looking after the welfare of children with special needs.

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK ISTIMEWA

BRUNEI, Khamis, 13 April 2023 – Sempena menyambut bulan Ramadan 1444H yang penuh keberkatan, para pegawai dan anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Derma kepada semua anak-anak istimewa di bawah naungan TDDB yang mana telah dijalankan pada empat majlis yang berbeza.

Hadir sebagai Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan derma kepada anak- anak istimewa di Mes Pegawai, Berakas Garison ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB. Sementara itu, Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB telah hadir pada majlis yang sama bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison, manakala, Kolonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Medan TDDB telah hadir bagi majlis yang diadakan di Mes Pegawai, Batalion Kedua TDDB, Perkhemahan Tutong. Pada 12 April 2023, Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Ketua Staf TDDB turut hadir pada majlis yang sama bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison.

Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah, diikuti dengan penyampaian sumbangan, berbuka puasa, menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan dalam meningkatkan sikap keprihatinan dan pemedulian warga TDDB terhadap anak-anak istimewa. Ia juga bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara anggota TDDB dan keluarga anak-anak istimewa yang diraikan. Melalui aktiviti seumpama ini, TDDB akan sentiasa komited dan mengamalkan sikap pemedulian dalam memelihara dan menjaga kebajikan anak-anak istimewa TDDB.​