TUTONG DISTRICT, Thursday, 27 October 2022 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) today assisted in a natural disaster relief effort in Tutong District. Heavy rain caused flooding in lowland areas, leaving several residential areas and main roads inaccessible, particularly around Kampung Kuala Ungar.

The relief efforts by 2Bn RBLF includes manpower assistance, and shuttle transportation assistance for the affected local residents to aid with their routine necessity, especially in time for the current school exam season.

 As Brunei Darussalam is experiencing adverse weather conditions, RBLF will continue to work with District Disaster Management Centre (DDMC) and other agencies to assist the affected residents.

 

BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA ALAM

DAERAH TUTONG, Khamis, 27 Oktober 2022 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah memberikan bantuan bencana alam di Daerah Tutong. Hujan lebat telah menyebabkan banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan kediaman dan menjejaskan sebahagian jalan raya yang menjadi laluan utama, terutamanya di persekitaran Kampung Kuala Ungar.

Bantuan yang diungkayahkan oleh 2Bn TDDB adalah berbentuk bantuan tenaga manusia, kemudahan pengangkutan bagi keperluan harian penduduk kampong, terutama di musim peperiksaan persekolahan pada masa ini.

Memandangkan Negara Brunei Darussalam sedang mengalami keadaan cuaca buruk, TDDB dalam usaha, akan terus berkerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tutong (DDMC) dan agensi-agensi lain dalam memberikan bantuan kepada orang awam yang terjejas.​