KAMPONG MELILAS, Thursday, 16 June 2022 – Medical Services Royal Brunei Land Force (RBLF) and Dental Services RBLF today conducted a health promotion and dental roadshow in conjunction with the 61st Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) as well as the Golden Jubilee Anniversary of Dental Services RBLF. The roadshow was conducted for two days, from 15 June 2022 to 16 June 2022 at Kampong Melilas, Belait District.
A total of 20 personnel from the Medical Services RBLF and Dental Services RBLF led by Captain Dr Nur Muhammad Hisyamuddin bin Hj Masri, Dental Officer RBLF were involved in the roadshows.
On behalf of RBAF, Colonel Dr Haji Mohd Hafizul bin Haji Mohd Hassan, Chief Medical Officer RBLF handed over 50 cartons of bottled water and two First Aid Boxes to the representative of Kampong Melilas. Commemorative Yassin books were also presented to representatives of Kampong Melilas and Kampong Sukang by Colonel Dr Jefri bin Hj Abd Razak, Chief Dental Officer RBLF, in conjunction with the Golden Jubilee Anniversary of Dental Services RBLF.
Residents from Kampong Melilas, Kampong Sukang and the surrounding villages gathered for the health and dental check-up provided during the roadshow. The basic health check-up included Body Mass Index (BMI) calculation, glucose and blood pressure measurements followed by a health consultation with a Medical Officer from the RBLF. First Aid and AED training were also delivered to the residents by RBLF Medical personnel.
Apart from that, Dental Services RBLF provided clinical dental treatment such as dental examination, dental extraction, fillings, denture repairs and dental hygiene treatment using their field dental equipment. Digital dental radiography services are also among the capabilities carried out for patients who required it. Oral health promotion activities such as tooth-brushing instruction and dietary advice were also conducted with children in the community.
The roadshow was held as part of the RBAF’s social responsibility campaign to promote a healthy lifestyle among villagers by providing free medical and dental check-ups, to provide an understanding of their BMI, assessing blood pressure and blood sugar content. It also aimed to strengthen the relationship between the residents and representatives of the RBAF as part of a rural community outreach programme, supporting the Whole-of-Nation approach.



JERAYAWARA PROMOSI KESIHATAN DAN PERGIGIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB KE 61 TAHUN DAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN JUBLI EMAS KHIDMAT PERGIGIAN TDDB
KAMPONG MELILAS, Khamis 16 Jun 2022 – Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Khidmat Pergigian TDDB pada hari ini telah mengadakan Jerayawara Promosi Kesihatan dan Pergigian bersempena dengan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-61 tahun dan juga bersempena Sambutan Jubli Emas Khidmat Pergigian TDDB. Jerayawara tersebut telah diadakan selama dua hari, dari 15 Jun 2022 hingga 16 Jun 2022 di Kampong Melilas, Daerah Belait.
Seramai 20 anggota daripada Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dan Khidmat Pergigian TDDB yang diketuai oleh Kapten Dr Nur Muhammad Hisyamuddin bin Hj Masri, Pegawai Pergigian TDDB telah terlibat dalam Jerayawara tersebut.
Bagi mewakili ABDB, Kolonel Dr Haji Mohd Hafizul bin Haji Mohd Hassan, Ketua Pegawai Perubatan TDDB telah menyampaikan 50 karton air botol dan dua Peti Pertolongan Cemas kepada wakil Kampong Melilas. Buku Yasin cetakan khas bersempena Hari Ulang Tahun Jubli Emas Khidmat Pergigian TDDB turut disampaikan oleh Kolonel Dr Jefri bin Hj Abd Razak, Ketua Pegawai Pergigian TDDB.
Warga penduduk dari Kampong Melilas, Kampong Sukang dan kawasan kampung-kampung sekitarnya tealh berkumpul untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang disediakan semasa jerayawara itu. Pemeriksaan kesihatan asas yang dilaksanakan termasuk pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI), ujian glukosa dan sukatan tekanan darah tinggi diikuti dengan konsultasi kesihatan bersama Pegawai Perubatan TDDB. Latihan Pertolongan Cemas dan AED juga disampaikan kepada penduduk oleh ahli perubatan TDDB.
Selain itu, Khidmat Pergigian TDDB juga memberikan rawatan klinikal pergigian seperti pemeriksaan gigi, cabutan, tampalan, pembaikan gigi palsu gigi serta rawatan dental hygiene dengan menggunakan kelengkapan pergigian medan. Khidmat radiografi digital juga diantara keupayaan dilaksanakan bagi pesakit yang memerlukannya. Aktiviti promosi kesihatan pergigian seperti pengajaran pemberusan gigi dan nasihat permakanan kepada kanak-kanak di perkampungan juga diungkayahkan.
Jerayawara ini adalah sebahagian daripada kempen tanggungjawab sosial ABDB untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan penduduk kampung dengan menyediakan pemeriksaan perubatan dan rawatan pergigian secara percuma, memberi kesedaran mengenai BMI mereka, penilaian tekanan darah tinggi, kandungan gula dalam darah dan kesihatan pergigian. Ia juga bertujuan untuk mengeratkan perhubungan diantara penduduk kampung dengan warga ABDB sebagai program kemasyarakatan, mendokong Pendekatan Senegara.