INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (IL ABDB), Khamis, 28 Januari 2021
– Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) selaku Ketua Projek Penyuraian Rusuhan telah melaksanakan Pelajaran Penyuraian Rusuhan di Perkampungan FIBUA, IL ABDB dan pelajaran ini telah disampaikan kepada anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).
Pelajaran teori penyuraian rusuhan dengan yang baru telah dibentangkan oleh Kapten Pengiran Mas Sanusi bin Pengiran Haji Masuni, Pemangku Pegawai Memerintah Kompeni Memerintah, 3Bn TDDB diikuti dengan latihan praktikal yang berlangsung di Perkampungan FIBUA IL ABDB.
Adapun tujuan pelajaran ini diadakan ialah untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan tentang keselamatan dalam negeri kerana isu pergolakan awam kerap dilihat di negara-negara jiran. Penyuraian rusuhan adalah kepakaran asas yang penting bagi batalion infantri. Pelajaran ini memperkenalkan Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) yang baru setaraf dengan TTP yang digunakan oleh negara-negara lain.
Tambahan lagi, pelajaran penyuraian rusuhan ini adalah antara titik Projek Penyuraian Rusuhan TDDB yang baru dimana projek ini sudah lama dirancangkan dan pelajaran yang dikendalikan adalah merupakan salah satu langkah untuk penerapan kepada keseluruhan unit-unit ABDB.

STUDY DAY ON NEW ANTI-RIOT CONDUCTED BY THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCES
TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES (TI RBAF), Thursday, 28 January 2021 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) as the head of Anti-Riot Project has conducted a Study Day for Anti-Riot at the FIBUA Village, TI RBAF and it was delivered to the Royal Brunei Navy personnel (RBN).
Theory lessons for the new anti-riot were presented by Captain Pengiran Mas Sanusi bin Pengiran Haji Masuni, Acting Officer Commanding Command Company, 3Bn RBLF followed by the practical lessons.
The purpose of this study day was to provide exposure and knowledge on internal security operations. Anti-riot is an important operation as it is one of the basic requirements for any infantry battalion. This study day introduces the new Tactics, Techniques and Procedures (TTPs), that are equivalent to the TTPs used by other countries globally.
Additionally, this study day is in line with the RBLF Anti-Riot Project that has long been planned and the study day is one of the first few steps for its implementation to all units in the RBAF.