
BERAKAS GARRISON, Friday 16 December 2022 – Invited officers, officers, military personnel, Technical Equipment Maintenance Division (TEMD) and civilian technicians of Land Engineering Combat Service Support Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) today gathered at the First Battalion RBLF Parade square for a Handoverr Ceremony of the Commanding Officer of Land Engineering CSS RBLF.
The handover of command of Land Engineering CSS RBLF was between the outgoing Commanding Officer, Lieutenant Colonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang to Lieutenant Colonel Aiman Syazwi bin Abdul Rahim as the new Commanding Officer of Land Engineering CSS RBLF.
The ceremony began with the arrival of the outgoing Commanding Officer, who received the honorary salute followed by his inspection of the parade. The parade was led by Major Haji Mohammad Fadhil bin Dato Paduka Haji Mohammad Said, Officer Commanding of Bolkiah Workshop, Land Engineering CSS RBLF, which consisted of Land Engineering personnel and the Second Battalion RBLF Pipe Band platoon. The ceremony continued with the recital of Surah Al-Fatihah followed by a speech by the outgoing Commanding Officer.
The ceremony proceeded with the signing of the handing over certificate and the official handover of the Land Engineering Logo. As the newly appointed Commanding Officer of Land Engineering CSS RBLF, Lieutenant Colonel Aiman Syazwi then delivered his inaugural speech and later inspected the parade. The event concluded with the recital of Doa Selamat led by Warrant Officer Two (RBAirF) Mohammed Shahrin bin Haji Sarpudin, followed by a group photo session.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH KEJURUTERAAN DARAT KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Jumaat 16 Disember 2022 – Pegawai-pegawai jemputan khas, pegawai-pegawai, anggota-anggota, Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal, serta teknisyen-teknisyen awam Kejuruteraan Darat Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah berkumpul pada hari ini bagi menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB bertempat di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB.
Majlis Serah Terima Tugas bagi Kejuruteraan Darat KBK TDDB ialah di antara Leftenan Kolonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, mantan Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB dan Leftenan Kolonel Muhammad Aiman Syazwi bin Abdul Rahim selaku Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB yang baru.
Upacara dimulakan dengan ketibaan mantan Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB, menerima tabik hormat dan diikuti dengan pemeriksaan perbarisan yang diketuai oleh Mejar Haji Mohammad Fadhil bin Dato Paduka Haji Mohammad Said, Pegawai Memerintah Woksyop Bolkiah, Kejuruteraan Darat KBK TDDB yang mana kawalan perbarisan terdiri daripada anggota dari Kejuruteraan Darat KBK TDDB dan Platun Serunai dan Tambur Batalion Kedua TDDB. Ia diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan daripada mantan Pegawai Pemerintah.
Seterusnya, penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas telah diadakan dan diikuti dengan penyerahan Lambang Kejuruteraan Darat sebagai simbol penyerahan rasmi tampuk kepimpinan unit tersebut. Selaku Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB yang baru, Leftenan Kolonel Muhammad Aiman Syazwi juga menyampaikan ucapan dan kemudian memeriksa perbarisan. Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Waran 2 (U) Mohammed Shahrin bin Haji Sarpudin dan sesi bergambar ramai.