
BERAKAS GARRISON, Tuesday, 01 March 2022 – Royal Brunei Land Force (RBLF) held a Handover Ceremony of the Commander of RBLF between its outgoing Commander, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan and the incoming Commander, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir today at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.
Also in attendance were Deputy Commander of RBLF, Military Directors, Senior officers, officers, Land Force Sergeant Major and RBLF personnel. The ceremony was also attended by officers and personnel across RBLF which was conducted simultaneously via video teleconference (VTC) including officers and personnel serving on overseas tours of duty and international missions.
The ceremony started with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Major Ariffin bin Amit @ Hamid, Assistant Director of RBAF Religious Directorate (JAMA’AT) followed by a speech from the outgoing Commander of RBLF where he expressed his appreciation for the continued support and collective efforts from all RBLF personnel during his tenure as the Commander of the RBLF. He further expressed his pride for RBLF achievements in every aspect especially towards RBLF personnel for their resilience and robust team spirit particularly in their involvement in national operations in preventing and combating the COVID-19 pandemic. He expressed hope that RBLF will remain intact and credible in accomplishing every responsibility given under the new commander. At the end of the speech, he expressed his sincerest congratulations to the new Commander of RBLF and voiced his prayer for the new Commander of RBLF to always be blessed with guidance and insights by Allah SWT in fulfilling his new tasking and responsibilities.
The ceremony then continued with the signing of the Handing Over Certificate followed by the handing over of Tongkat Kepimpinan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei between the outgoing Commander of RBLF and incoming Commander RBLF, marking the official handing over of the Commander of RBLF place of duty.
As the newly appointed Commander of RBLF, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak Bin Haji Abd. Kadir also delivered his inaugural speech as the 12th Commander of RBLF where he conveyed his utmost appreciation to the outgoing Commander of RBLF for his leadership and wisdom in leading the RBLF since 01 August 2020. He highlighted the existing cooperation amongst all concerned provided him with great confidence to lead with responsibility and further emphasised total commitment as a powerful force in achieving the vision and mission of RBLF. He also reminded all personnel to uphold their loyalty, discipline as well as maintain the readiness, credibility, and security of the organisation under their existing respective leaderships.
The ceremony continued with refreshments which was held at Officers’ Mess, Berakas Garrison and concluded with Closing Doa, a group photo and the signing of parchments by the former Commander of RBLF and the newly appointed Commander of RBLF.



MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS
PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Selasa, 01 March 2022 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pemerintah TDDB di antara Mantan Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dengan Pemerintah TDDB yang baru, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak Bin Haji Abd. Kadir hari ini bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pengarah-pengarah Jabatanarah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar Tentera Darat dan anggota-anggota TDDB. Acara tersebut juga telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari semua unit-unit TDDB secara maya termasuk Pegawai-pegawai dan anggota-anggota yang bertugas di luar negara dan yang terlibat dalam misi keamanan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Mejar Ariffin bin Amit @ Hamid, Penolong Ketua Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) dan diikuti dengan ucapan daripada Mantan Pemerintah TDDB di mana beliau merakamkan penghargaan atas sokongan dan usaha yang berterusan daripada semua lapisan anggota TDDB semasa beliau memegang jawatan sebagai Pemerintah TDDB. Beliau turut menzahirkan rasa bangga dan berpuas hati dengan pencapaian TDDB dalam setiap aspek terutamanya atas kecekalan dan semangat kesepasukan yang teguh khususnya dalam penglibatan dalam operasi negara dalam mencegah dan memerangi pandemik COVID-19. Beliau berharap TDDB akan terus kekal utuh dan kredibel dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diberikan di bawah tampuk pemerintahan yang baru. Di penghujung ucapan, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pemerintah TDDB yang baru dan mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan petunjuk dan pandangan daripada Allah SWT dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang baru.
Acara diteruskan lagi dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah TDDB serta penyerahan Tongkat Kepimpinan Pemerintah TDDB di antara mantan Pemerintah TDDB dan Pemerintah TDDB yang baru, yang melambangkan penyerahan tugas sebagai Pemerintah TDDB secara rasmi.
Selaku Pemerintah TDDB yang baru, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak Bin Haji Abd. Kadir turut menyampaikan ucapan perasmian sebagai Pemerintah TDDB yang ke 12 dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Pemerintah TDDB di atas kepimpinan beliau yang bijaksana di dalam menerajui TDDB semenjak 01 Ogos 2020. Dengan kerjasama yang sedia ada di kalangan semua yang berkenaan, beliau yakin dapat melaksanakan tanggungjawab dan menekan komitmen menyeluruh sebagai satu kuasa dalam mencapai visi dan misi TDDB. Beliau juga memberi peringatan kepada semua peringkat anggota untuk mempertahankan ketaatsetiaan, disiplin, kesiapsiagaan dan sekuriti organisasi dengan kredibiliti dan kepimpinan yang sedia ada.
Majlis diteruskan dengan jamuan yang diadakan di Mes Pegawai Berakas Garison dan diakhiri dengan Doa Penutup, bergambar ramai serta menandatangani lembaran kenangan oleh mantan Pemerintah TDDB dan Pemerintah TDDB yang baru.