
BERAKAS GARRISON, Thursday, 15 December 2022 – First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held a handing over of command between Lieutenant Colonel Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, the outgoing Commanding Officer 1Bn RBLF and Major Mahathir bin Haji Nordin, acting Commanding Officer designate of 1Bn RBLF at the 1Bn RBLF Headquarters, Berakas Garrison. Present at the ceremony were officers and personnel of 1Bn RBLF.
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the signing of the Handover Certificate between Lieutenant Colonel Fakhrul Ammar and Major Mahathir and concluded with a group photo session.
Also, 1Bn RBLF hosted farewell luncheon for the outgoing Commanding Officer 1Bn RBLF at the Echo Company (E Coy), Bangar Camp and 1Bn RBLF, Berakas Garrison. In both luncheons, the event began with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by a speech delivered by the outgoing Commanding Officer 1Bn and a short video clip presentation showcasing all the dedicated commitment by the outgoing Commanding Officer 1Bn RBLF. In his farewell remarks, he expressed his appreciation and gratitude for the effort and support from all levels of 1Bn RBLF and emphasised the importance of maintaining the welfare of personnel and to remain vigilant and committed in carrying out their responsibilities and duties. The event concluded with a presentation of mementos as a token of appreciation and to commemorate his tenure as Commanding Officer 1Bn RBLF followed by the signing of parchment.
Lieutenant Colonel Fakhrul Ammar was appointed as Commanding Officer 1Bn RBLF from 4 December 2020 until 14 December 2022.


MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS DAN MAJLIS MAKAN TENGAHARI PERPISAHAN PEGAWAI PEMERINTAH BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Khamis, 15 Disember 2022 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas di antara Leftenan Kolonel Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Mantan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB dan Pemangku Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB yang baru, Mejar Mahathir bin Haji Nordin bertempat di Markas 1Bn TDDB, Berakas Garison. Turut hadir di majlis berkenaan ialah pegawai-pegawai dan anggota 1Bn TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas antara Leftenan Kolonel Fakhrul Ammar dan Mejar Mahathir sebelum diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Selain itu, 1Bn TDDB juga menghoskan Majlis Makan Tengahari Perpisahan bagi Mantan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB bertempat di Kompeni Echo, Perkhemahan Bangar dan 1Bn TDDB, Berakas Garison. Pada kedua-dua majlis tersebut, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan perpisahan oleh Mantan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB yang mana tayangan video klip pendek turut ditayangkan bagi memaparkan segala komitmen dan jasa bakti yang telah beliau taburkan di sepanjang memegang jawatan berkenaan. Melalui ucapan perpisahan, beliau merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada semua peringkat kepimpinan di 1Bn TDDB di samping menekankan kepentingan untuk sentiasa menjaga kebajikan anggota serta selalu berwaspada dan komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kenangan daripada pegawai-pegawai dan anggota-anggota 1Bn TDDB sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan beliau sebagai Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB dan diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan.
Leftenan Kolonel Fakhrul Ammar telah memegang jawatan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB bermula 4 Disember 2020 hingga 14 Disember 2022.