PENANJONG GARRISON, Monday, 06 January 2020 – The handing over ceremony took place today at the Support Battalion, Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) for the outgoing and incoming Officer Commanding of the Armour Reconnaissance Squadron (ARS) Unit.
Major Awang Abdul Aziz Bin Haji Razali took over the appointment as the new Officer Commanding from Major Masmun bin Haji Kassim. Present to witness the ceremony was Lieutenant Colonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Commanding Officer of Sp Bn RBLF.
The parade was led by Lieutenant Mohammad Azizul Azrien bin Yusof while Squadron Sergeant Major was Staff Sergeant Mohammad Noh bin Haji Abdul Hamit. The ceremony began with the outgoing Officer Commanding of ARS unit receiving the honourary salute, followed with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Sergeant Khairulanwar bin Haji Latif.
The ceremony continued with a speech given by Major Masmun bin Haji Kassim and the signing of certificate to officiate the handover ceremony. In his speech, he thanked all the ARS personnel for the cooperation and support given throughout his duties as Officer Commanding in ARS. He hoped that all ARS personnel would continue to give their loyalty and commitment to the new Officer Commanding for the overall well-being of the unit.
The new Officer Commanding of ARS Unit then received an honourary salute to officiate his new post followed by his speech. Meanwhile in his speech, he reiterated the Titah of His Majesty on the importance of maintaining discipline which can be achieved through individual and collective efforts. He also restated the RBLF Commander where in the event of any concerns to security, discipline and professionalism of military personnel, the unit is responsible for managing it wisely and seeking appropriate mitigation with critical thinking, in caring for the well-being of the personnel and improving the quality of work efficiently, in order to prevent happening in the future.
He also hoped that ARS personnel would continue to improve their efforts, standpoint and intentions in passing each and every physical and military test. He also advised the ARS personnel to develop critical thinking in order to continuously improve the quality of work effectively and efficiently.
The ceremony continued with the recitation of Do’a Selamat led by Sergeant Khairulanwar bin Haji Latif, concluded with a light refreshment and greeting session with the outgoing and new ARS Officer Commanding.

UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH SKUADRON KERETA PERISAI PENINJAU
PENANJONG GARISON, Isnin, 06 Januari 2020– Upacara Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Skuadron Kereta Perisai Peninjau (SKPP) Bn Bantu TDDB telah berlangsung pada hari ini bertempat di Padang Kawad SKPP, Bn Bantu TDDB di antara Mejar Masmun bin Haji Kassim dan Mejar Awang Abdul Aziz bin Haji Razali. Hadir bagi menyaksikan Acara Serah Terima Tugas tersebut adalah Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB.
Perbarisan diketuai oleh Leftenan Mohammad Azizul Azrien bin Yusof manakala Sarjan Mejar Skuadron Perbarisan adalah Staf Sarjan Mohammad Noh bin Haji Abdul Hamit. Upacara dimulakan dengan mantan Pegawai Memerintah Unit SKPP, Mejar Masmun bin Haji Kassim, menerima tabik hormat dan seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Sarjan Khairulanwar bin Haji Latif.
Acara diteruskan lagi dengan ucapan daripada mantan Pegawai Memerintah dan diikuti dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas jawatan Pegawai Memerintah Unit SKPP, disaksikan oleh Pegawai Pemerintah Bn Bantu, TDDB. Dalam ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua anggota unit SKPP untuk kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang bertugas sebagai Pegawai Memerintah di unit SKPP. Beliau berharap semua anggota SKPP akan terus memberikan kerjasama dan komitmen yang baik kepada Pegawai Memerintah baru untuk keseluruhan kesejahteraan unit.
Seterusnya Mejar Awang Abdul Aziz bin Haji Razali menerima tabik hormat bagi menandakan penerimaan jawatan Pegawai Memerintah Unit SKPP yang baru seterusnya diikuti dengan ucapan daripada beliau. Dalam ucapannya, beliau mengulangi Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia tentang pentingnya mengekalkan disiplin yang boleh dicapai melalui usaha individu dan kolektif. Beliau juga mengambil ucapan dari Pemerintah TDDB di mana sekiranya ada permasalahan dari segi keselamatan, disiplin dan profesionalisme anggota tentera, unit itu bertanggungjawab untuk mengurusnya secara bijak dan mencari jalan penyelesaian yang sesuai dengan pemikiran kritikal, dalam menjaga kesejahteraan daripada kakitangan dan meningkatkan kualiti kerja dengan cekap, untuk mengelakkan berlaku di masa depan.
Beliau juga berharap agar anggota Skuadron akan terus mempertingkatkan usaha, pendirian dan niat dalam lulus setiap ujian yang dihadapi sama ada ujian ketahanan jasmani dan ujian ketenteraan. Beliau juga menasihati anggota Skuadron agar sentiasa berfikir secara kritikal dalam menjaga kebajikan anak buah dan meningkatkan kualiti kerja dengan efisien.
Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Sarjan Khairulanwar bin Haji Latif dan diteruskan lagi dengan menikmati jamuan dan bersalam dengan Pegawai Memerintah Unit SKPP yang baru dan lama.