BERAKAS GARRISON, Monday, 24th August 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a ceremony for Dikir Maulud, marking the completion of 12 consecutive nights of Dikir Maulud in commemoration of the birth of Prophet Muhammad (PBUH) 1448 Hijrah. The ceremony took place at all RBLF Suraus including Pulau Baru-Baru Mosque with the main event at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison. In attendance was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander, along with Senior Officers, Officers and personnel of RBLF.
The ceremony commenced with mass Fardhu Maghrib prayer led by Imam Haji Md Anndy@ Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al – Fai’zun, followed by the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah and the reading of Sirah Nabawiyah by Imam Muhammad Syakir Farhan bin Haji Omar. This then proceeded with Dikir Assalamualaika, Fardhu Isya’ prayer, and was further enlivened with Selawat Badriyah, Dikir Diba’ie and Dikir Marhaban, prior concluding with Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.














MAJLIS GEMA MARHABAN MALAM KE 12 RABIULAWAL SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ’ALAIHI WASALLAM 1448 HIJRAH
BERAKAS GARISON, Isnin, 24 Ogos 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) mengadakan Majlis Gema Marhaban Dikir Maulud bagi menandakan terlaksananya Dikir Maulud 12 malam berturut-turut sempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad (SAW) 1448 Hijrah. Majlis berlangsung di semua Surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan acara utama berlangsung di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison. Hadir sama ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, serta Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota TDDB.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib yang dipimpin oleh Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam Surau Al – Fai’zun, diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan bacaan Sirah Nabawiyah yang disampaikan oleh Imam Muhammad Syakir Farhan bin Haji Omar. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Dikir Assalamualaika, Sembahyang Fardhu Isya’ dan diserikan lagi dengan Selawat Badriyah, Dikir Diba’ie dan Dikir Marhaban, sebelum diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.