PENANJONG GARRISON, Thursday, 07 November 2019 – The flag handover ceremony for the 29th ASEAN Armies Rifle Meet Contingent (29th AARM) was held at Gallery 1, Binturan Shooting Range, Penanjong Garrison.
Present as the guest of honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF). Also present to witness the ceremony were Chief of Staff, Senior Officers and other distinguished guests.
During the ceremony, the national flag was officially handed over by the guest of honour to Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, the Contingent Commander. The guest of honour also expressed his hopes for the contingent to maintain and improve their performance as a team, which will bring out the competitive spirit and pride for the organisation as well as the country. Furthermore, he also reminded the whole contingent to maintain their discipline, continue to cooperate with one another as well as showing high professionalism throughout the competition.
The ceremony continued with a short briefing on the Contingent’s current performance and standings delivered to the guest of honour which was then followed by a Pistol Novelty Shoot. The ceremony concluded with a light refreshments and prize presentations to the winners of the Novelty Shoot Match and a photo session.
The 29th AARM competition will be held at Pusdikif Cipatat Firing Range, Bandung, Indonesia which will take place from 14 November 2019 until 27 November 2019. The AARM Contingent consists of 33 members who will partake in various events such as Carbine, Pistol, Rifle and General-Purpose Machine Gun (GPMG) shooting competitions.




UPACARA PENYERAHAN BENDERA BAGI PERLAWANAN ASEAN ARMIES RIFLE MEET YANG KE-29
PENANJONG GARISON, Khamis, 07 November 2019 – Majlis Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Kontingen Penembak Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang akan menyertai Perlawanan ASEAN ARMIES RIFLE MEET yang ke-29 (29th AARM) telah diadakan di Galeri 1, Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai Jemputan bagi menyaksikan majlis tersebut.
Penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat kepada Ketua Kontingen Penembak TDDB iaitu Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee. Semasa sesi berinteraksi dengan Kontingen Penembak, Tetamu Kehormat melahirkan harapan agar Pasukan Penembak TDDB akan dapat mengekalkan dan mempertingkatkan prestasi sebagai sebuah pasukan yang berdaya saing diperingkat antarabangsa seterusnya mengharumkan nama organisasi dan negara. Pada masa yang sama, tetamu kehormat juga mengingatkan kepada kontinjen penembak TDDB agar sentiasa menjaga disiplin, kerjasama serantau serta mempamerkan sikap profesionalisme yang tinggi disepanjang perlawanan tersebut.
Majlis tersebut diteruskan dengan lawatan Yang Mulia Pemerintah TDDB dimulai dengan taklimat ringkas prestasi penembak-penembak di bilik taklimat Pejabat Urusetia AARM 2019. Acara tersebut juga diserikan lagi dengan perlawanan menembak Pistol Novelty. Majlis diakhiri dengan menikmati jamuan dan diikuti dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang semasa perlawanan menembak Pistol Novelty.
Perlawanan pada tahun ini akan diadakan di Padang Tembak Pusdikif Cipatat, Bandung, Indonesia bermula pada 14 November 2019 dan berakhir pada 27 November 2019. Seramai 33 orang anggota penembak TDDB menyertai perlawanan tahun ini dalam beberapa acara perlawanan menembak seperti acara menembak senjata
Carbine,
Pistol,
Rifle dan
General Purpose Machine Gun (GPMG).